Wednesday 25 October 2017

ANAK PUNCA KEJAYAAN DAN KEGAGALAN KITA??? BENAR ATAU TIDAK...

Pernah rasa anak sebagai halangan dalam kerja kerjaya anda????
.
Katakan TIDAK pada minda bawah sedar anda. Selami sesungguhnya betapa besarnya nikmat Allah swt beri kepada kita untuk galas tanggungjawab amanah utama ini.
.
Jika kita tidak mampu menjaga dan mendidik anak sendiri macam mana kita nak tampilkan ketrampilan menggalas tanggungjawab kerja kita. Orang kata ibarat ketam mengajar anak berjalan.
.
Kita pandang enteng pada amanah utama itu. Kita sibuk dengan amanah di tempat kerja. Anak kita abaikan kita tidak didik disiplin dan jati diri anak. Bagaimana kita nak lahirkan generasi berjaya punya iman dan akhlak terpuji. Fikirkan 10 tahun akan datang...
.
Apabila kita dihormati oleh anak sendiri secara tidak langsung pekerja rakan sekerja majikan akan nampak kepimpinan dan disiplin kita di tempat kerja.
Kenapa... sebab kita dan anak anak bersama sama berlatih untuk mengamalkan sikap berdisiplin dan positif sentiasa.
.
Biarlah kita menjadi contoh dan sumber inspirasi oleh anak sendiri.
.
Oleh itu aku bangga menjadi emak kepada 3 orang anak lelaki ku yang gagah dan super aktif - Mirzas
.
Aku bermula dengan bekerja di sebuah perbankan selama 9 tahun sambil membesarkan 2 Mirzas. Dalam masa yang sama aku uruskan perniagaan senduri. Berniaga pada awalnya bukan untuk menambah pendapatan sambil memang minat yang yak boleh dipisahkan. Perit jerih dunia perniagaan buat aku terumbang ambing di pukul ombak. Tapi aku tetap berenang sehingga kini.


Berhempas pulas selama 3 tahun terpaksa berjauhan dengan suami untuk urus anak anak dan pada tahun 2016 mengandung anak ketiga. Segala penat lelah bersama anak anak aku bersabar dan banyak dugaan ku tempuh. Ketika bekerja waktu tak tentu dengan urus anak dan rumah. Bermula di tahun 2015 perniagaan dilanda tsunami akibat ekonomi negara yang tidak stabil dan memberi kesan pada aku dan anak anak.
.
Tapi aku pasti kerana anak anak lah rezeki aku semakin luas dan tenang mengalir hingga hari ini. Alhamdulillah Allah swt tidak pernah mungkir janji.
.

"Kejayaan itu di depan mata" - mmm
.
.

๐Ÿ’‹ mak_rb
#rbAngels